No right-clicking here.
Copyrighted (c)
All rights reserved.
ceritahatiku.blogspot.com <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d8026537033986718119\x26blogName\x3dCeRitA+HaTI\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://ceritakuhatiku.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://ceritakuhatiku.blogspot.com/\x26vt\x3d4463461976937022043', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
CeRiTaY

#######SaLam RamadHan Al-MubArAK#######





.Saturday, September 20, 2008 ' 1:49 AM Y
Amalan Doa buat Ayahanda dan Bonda tercinta

Ya Allah ya Tuhan ku,
Aku menghulurkan kedua tanganku yang hina ini
Memohon Engkau limpahkan rahmat dan hidayahMu
Terasa terlalu lemah diri ini tanpa pertolonganMu ya Allah

Ya Allah
Segala pujian bagiMu Tuhan Sekelian Alam
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Tuhan Pemerintah hari pembalasan
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan kepadaMu kami memohon pertolongan


Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
Jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat keatas mereka
Bukannya jalan orang yang Engkau murkai
Dan bukan pula orang-orang yang sesat

Ya Allah Ya Zaljalaaliwalikrom
Ampunkan dosa-dosa ku kepada Mu ya Allah
Aku terlalu lemah dengan godaan syaitan
Aku masih melakukan maksiat walaupun ku tahu ianya Engkau murkai

Aku masih lalai dalam ibadat walaupun ku tahu ianya Engkau tuntuti


Ya Allah
Teguhkanlah iman ku, kuatkanlah hatiku,
Kurniakanlah kepadaku hidayahMu, taufiqMu dan lindunganMu
Jauhilah aku dari segala laranganMu
Dekatkanlah aku dengan segala suruhanMu
Tanamlah rasa benci dihatiku kepada maksiat
Tanamlah rasa cinta dihatiku kepada ibadat


Ya Allah, Ya Rahim, Ya Karim
Jadikanlah aku hambaMu dan umat Muhammad SAW yang beriman kepadaMu
Dan berbakti kepada kedua ibubapaku
Ya Allah, ampunkanlah dosa kedua ibubapaku
Kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku ketika aku kecil
Bukakanlah pintu hati mereka untuk beriman kepadaMu
Aku terlalu banyak terhutang budi kepada mereka ya Allah
Terlalu banyak budi mereka yang ku balas dengan menyakiti hati mereka
Kasih sayang mereka kubalas dengan kata-kata menentang
Sedangkan ku tahu, Engkau melarang menyebut walaupun perkataan "ah" kepada mereka.
Didikan dan asuhan mereka aku ambil ringan

Aku lupa ya Allah, berkat usaha, asuhan dan didikan merekalah Aku berjaya kini
Keselesaan sanggup dilupakan ketika mengandungkan aku
Kesakitan yang amat sangat sanggup dilalui ketika melahirkan aku

Tidur malam mereka aku ganggu
Titik peluh mereka basah kering demi membesarkan aku
Tidak pernah mereka mengadu letih
Tidak pernah mereka mengadu sakit
Lauk yang dimulut sanggup mereka luah untuk diberikan kepadaku
Harta yang dikumpul sanggup dilepaskan untuk pendidikanku
Namun selama ini aku lupa semua itu ya Allah
Kerana mereka tidak pernah merungut kepadaku ya Allah
Kerana mereka tidak pernah mengadu kepadaku ya Allah

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Dimalam ini aku terkenang semua itu
Dimalam ini aku mengadu kepadaMu ya Allah
Dimalam ini aku memohon sepenuh hati kepadaMu ya Allah
Rahmatilah mereka, ampunilah dosa-dosa mereka,
Dan sekiranya ketika ini mereka Engkau siksa didalam kubur
ya Allah Aku memohon agar Engkau hentikanlah ya Allah
Aku memohon agar jangan Engkau siksa ibubapaku ya Allah
Aku tahu ya Allah
Mereka terlalu lemah dan tidak mungkin dapat menahan siksaanMu
Yang amat pedih itu ya Allah

Perkenankanlah doa ku ini dan jadikanlah ini doa anak yang soleh
Yang Engkau janjikan akan diperkenankan ya Allah ya Tuhanku

Maha Suci Allah Yang Maha Besar
Engkau jadikanlah anak-anak ku dari orang-orang yang soleh
Yang mendoakan keampunanku daripadaMu ya Allah
Jadikanlah mereka sebagai anak kunci pintu syurga ku ya Allah
Dan jangan Engkau jadikan mereka anak kunci ku ke nerakaMu
Teguhkanlah iman mereka ya Allah
Jauhilah mereka dari siksaMu ya Allah
Tuhan Sekelian Alam.

Amin...

#######SaLam RamadHan Al-MubArAK#######





. ' 1:36 AM Y

MaRiLah KiTa BerSaMa- SaMa MenCaPaiNya....





InSyaALLAH


#######SaLam RamadHan Al-MubArAK#######





. ' 1:30 AM Y
Kepelikan manusia di bulan ramadhan



Me
lihatkan longgokan manusia yang cuba mencium Hajar Al Aswad di Makkah Al Mukarramah mengingatkan penulis tentang keadaan Ramadhan di Malaysia, bagaimana peliknya manusia ini apabila tidak diberi petunjuk Ilahi.

Pelik sekali penulis memikirkan tentang betapa pada bulan
Ramadhan, manusia berpusu-pusu ke Masjid untuk menunaikan solat sunat Tarawikh bersama Imam, tidak kiralah 8 atau 20 rakaat, tetapi tidak dapat hadir untuk solat Isya' berjemaah di Masjid, apakan lagi solat berjemaah di Masjid untuk waktu-waktu lain.

Pelik apabila kita melihat manusia berpusu-pusu ke pasar-pasar malam untuk membeli juadah bebuka puasa tetapi tidak terlintas untuk berpusu-pusu ke Masjid untuk solat Asar berjemaah sebelum itu.

Pelik juga melihat manusia membeli juadah berbuka dengan begitu mewah, tetapi tidak ada satu sen pun yang sanggup diberikan kepada fakir miskin sebagai sedekah.

Pelik apabila manusia sanggup untuk bangun awal untuk makan sahur tetapi tidak sanggup untuk solat sunat 2 rakaat sebelum makan itu. Lebih pelik, ada yang sanggup tidur selepas makan itu dan bangun lewat untuk solat Subuh.

Pelik apabila kita sanggup berlapar dahaga selama seharian, tetapi menghabiskan masa seharian untuk tidur, dan mengabaikan pembacaan dan penelitian Al Quran.

Pelik juga andai kita sanggup berjaga malam dan solat untuk mencari Lailatul Qadar, tetapi akhlak tidak dijaga, terutamanya dengan ibu bapa - berapa ramai antara kita yang betul-betul berbakti kepada ibu bapa, dan tidak mengharapkan kepada mereka?

Selamat Datang, Ramadhan Al Karim

Semua ini menyebabkan penulis terfikir, apakah nilai Ramadhan dan ibadah puasa yang kita kerjakan? Apakah yang kita mahu capai daripada ibadah puasa ini? Adakah kita hanya berpuasa kerana orang lain puasa, atau kerana Islam menyuruh kita berpuasa? Atau kerana ALLAH?

Andai begitu, mengapa terjadi begitu banyak kepelikan seperti yang dinyatakan diatas? Kesilapan disana-sini itu biasa, tetapi apabila kita tersedar, haruslah kita beristighfar dan meminta ampun atas kesilapan kita, insyaALLAH.

Dalam keghairahan kita beribadah dalam bulan Ramadhan, harus juga kita berhenti seketika dan bermuhasabah untuk melihat samada ibadah yang kita lakukan itu benar-benar menepati tuntutan syariah. Mungkin menghabiskan masa membaca Al Quran seharian suntuk dapat memberi kita pahala yang besar, tetapi andai ada kuliah di Masjid berdekatan, ataupun kita tahu yang rakan kita memerlukan pertolongan dalam kerja dakwah, maka kita seharusnya berfikir tentang apa yang patut kita lakukan dahulu, berdasarkan keutamaan (Al Aulawiyat).

Kita juga seharusnya, insyaALLAH, menilai ibadah yang kita kerjakan, samada ianya betul-betul ikhlas kerana ALLAH, dan melihat andai terdapat ruang kosong di tempat-tempt lain yang kita boleh isi yang mungkin kita tertinggal. Dengan itu, insyaALLAH ibadah yang kita lakukan akan bertambah baik dari hari ke hari.

Maka dengan kedatangan bulan Ramadhan Al Mubarak ini, sentiasa ingatkan diri untuk bermuhasabah dan beristighfar. Kadang kala kelemahan kita bukanlah kita kurang bersolat, ataupun kurang membaca Al Quran, tetapi kita terlepas pandang kepada setenga-setengah perkara seperti berbuat baik kepada ibu bapa dan adik beradik, berakhlak mulia terutamanya kepada orang tua, dan perkara-perkara seperti ini.

Moga-moga Ramadhan yang mendatang akan menjadikan kita insan yang lebih bertaqwa, seperti mana yang dinyatakan oleh ALLAH Rabbul 'Alamin dalam kitabNya.

#######SaLam RamadHan Al-MubArAK#######





.Thursday, September 18, 2008 ' 7:24 PM Y


MaNA SatU pILiHAN hAtI...




Saya bertanya kepada emak, “mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? ” Mak jawab, “dua-dua bukan..” Saya tercengang..Mak mengukir senyuman. “Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” Saya menarik nafas dalam-dalam. “Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum. Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya. “Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. “Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” mak menyusun ayat-ayatnya. “Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..” Saya memintas, “Tak faham..”


Mak menyambung “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..” Mak menyambung lagi, “begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..” Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung “Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.

Secret Admire

“Kakak, mak dulu masa besar ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh.. Lama budak tu tunggu mak.. Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu.” Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak.. “Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. “Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu.. Mak takut pada Allah.


Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..” mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya. Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya. “Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan.


Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya..” emak melemparkan pandangan ke lantai. “Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan..” sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu. “Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.


Adakah ia suatu diskriminasi?

“Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa.
Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..” Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, “Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguhnya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnyam hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia.


Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya. Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.” emak berhenti seketika..

Bukan luar biasa

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. “Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa.Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.. ”


“Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya.. Hanya Allah yang boleh memegangnya.. Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. ”

Redha

“Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. ” Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.
Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. “Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..” Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.

P/S : buat teman teman seperjuangan...thanks 4 ur caring
http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1171

#######SaLam RamadHan Al-MubArAK#######





.Monday, September 15, 2008 ' 8:34 PM Y


hi Kengkawan....
salam sahabat dan teman seperjuangan....
akhirnya dapat jugak aku mencipta blog aku nih..dah lame teringin nak wat tp dah lame tinggalkan bidang bidang camne. alih2 je terase plak nak wat, dah akhirnya inilah hasilnya. aku memang suker sangat baca blog orang dan aku pun terase nak wat juge...
di sini ku coretkan luahan rase atau cerita2 .. dan korang2 yang bce ni mintaklah beri tunjuk ajar pada aku ye klu ade salah silop ye


#######SaLam RamadHan Al-MubArAK#######







DiRiKuY

Aku hanya insan biasa
tiada rupa
dan tidak berharta
hanya berbekal ilmu didada
onak dan cabaran ku harungi jua


Aku hanya insan biasa
masih mencari erti C.I.N.T.A
cinta selamanya
hanya ENGKAU yang ESA


sEmBANg SEmBANgY

IsU IsU sEmAsAY

B.Harian
Utusan
H. Metro
NSTP

CarEEr & eDucAtiOnY

UiTM
SPA
MARA
Bhg. Latihan & Kerjaya

ReNUng-REnuNGKANY

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika bertemu seseorang yang sangat bererti dan mendapati pada akhirnya bahawa tidak demikian adanya dan harus melepaskannya pergi." .

FaVoUrITe Blog & WeBY

I Luv Islam
Saiful Islam
Friendster
Hi5
yahoo
Google

KeNGKawAnY

sara
damai
peah
kak lin
kak yus

KeNangAn TeRinDaHY


-September 2008

AlunaN MuZikY




SEBUAH PERTEMUAN
.